Risiko Bisnes Online Di Media Sosial

Risiko Bisnes Online Di Media Sosial

Anda buat bisnes online? Di manakah ‘kedai online’ anda? Di Facebook? Instagram?

 

Jika anda jawab ‘ya’ untuk semua soalan di atas, anda wajib baca apa yang kami akan kongsikan kepada anda.

 

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam bisnes online untuk memulakan langkah pertama mereka dengan membuka ‘kedai online’ di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

 

Ramai yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan cara ini. Malahan ada yang menjadi jutawan hanya dengan bergantung sepenuhnya dengan bisnes di media sosial. Walaubagaimanapun, kaedah ini terdedah kepada satu risiko besar dan tidak ramai yang menyedarinya.

 

Apakah risiko besar itu?

 

Akaun media sosial bukan milik mutlak pengguna akaun. Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat pemilik platform media sosial.

 

Contohnya seperti Facebook. Anda boleh gunakan Facebook sepenuhnya untuk pasarkan produk dan servis anda, anda boleh buat iklan dengan copywriting yang power, disertai dengan gambar yang menarik perhatian atau video yang kreatif tetapi jika anda didapati melanggar polisi, atau pihak Facebook merasakan anda ada melanggar polisi, mereka boleh memadam posting anda atau menggantung akaun anda atau kedua-duanya sekali tanpa perlu persetujuan daripada anda.

 

Pernah juga berlaku insiden di mana server Facebook down. Bukan saja Facebook, malahan semua laman web dan perisian di bawah Facebook seperti Instargram dan WhatsApp turut terkesan. 

 

Bila berlaku insiden seperti ini, mereka yang bergantung 100% kepada Facebook dan platform lain yang dimiliki Facebook, akan mengalami gangguan bisnes.

 

Waktu inilah ramai akan berpusu-pusu untuk bina website untuk menggantikan ‘kedai online’ mereka di Facebook, Instagram dan platform media sosial lain. 

 

Pemilik bisnes yang menggunakan ‘sales team’ untuk buat closing di WhatsApp juga mula mempertimbangkan untuk menggantikan ‘sales team’ kepada website ecommerce di mana semuanya berlaku secara automatik di website.

 

Namun, umum maklum kos untuk membina website adalah tinggi, apatah lagi website jenis ecommerce yang kosnya boleh mencecah belasan ribu ringgit.

 

 

“Saya tahu website ini sangat penting untuk bisnes online tapi saya tak ada bajet untuk buat. Lagipun bisnes saya ini masih baru, saya perlu agihkan bajet untuk buat marketing. Tak ada website, bisnes masih boleh jalan tapi kalau tak buat marketing, macam mana nak dapat sales? Tak ada sales, tak adalah pendapatan.”

 

Ramai yang mengadu mereka bukan tidak faham kepentingan website, mereka sedar risiko kebergantungan sepenuhnya terhadap platform media sosial seperti Facebook tetapi mereka punya kekangan dari segi modal.

 

Anda juga dalam situasi yang sama? Teruskan membaca.

 

Benar kata pengadu di atas, tanpa marketing maka tiadalah sales. Apabila kita membuat marketing atau pemasaran, kita sebenarnya sedang buat kerja-kerja memanggil pelanggan.

 

Antara elemen yang paling penting sekali dalam marketing adalah ‘surat jualan’. 

 

Surat jualan merupakan satu medium perantara antara kita dan prospek atau pelanggan kita. Ia adalah seumpama jurujual atau wakil perniagaan kita.

 

Bezanya, surat jualan adalah dalam bentuk bertulis dan menggunakan seni penulisan surat bagi melakukan jualan bagi pihak kita. 

 

Konsep asasnya sama seperti tugas seorang jurujual. Jika kita faham apa yang cuba dipromosikan oleh seorang jurujual, maka kita akan faham dengan ‘selling pitch’ di dalam surat jualan.

 

Apa kaitan surat jualan dengan website?

 

Jika selama ini anda membuat banyak posting di Facebook atau Instagram, anda karang ayat iklan untuk meyakinkan orang membeli produk anda, anda sebenarnya sudah pun membuat surat jualan.

 

Ingat risiko besar yang kami sebut tadi?

 

Surat jualan anda di media sosial terdedah dengan risiko tersbut.

 

Jadi apa pilihan yang ada jika anda tiada bajet untuk buat website tapi perlu ada website?

 

Ordersini adalah alternatif terbaik untuk situasi anda. Kini anda boleh buat surat jualan secara percuma menggunakan Ordersini dan hanya akan dikenakan caj jika berlaku transaksi jualan. 

 

Anda juga sudah tidak perlu mengambil tempahan dan bayaran serta update tracking number secara manual kepada pelanggan anda. Semuanya automatik dengan Ordersini.

 

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Ordersini adalah solusi terbaik untuk mereka yang punya kekangan kewangan untuk membina website. Binalah ‘kedai online’ anda dengan Ordersini hari ni.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product